Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lakukan tindakan terhadap anjing liar

    Isu anjing liar bukanlah sesuatu yang baharu untuk diperkatakan dan malah sudah berulangkali diuar-uarkan di mana-mana untuk mengatasi permasalahan tersebut.

    Setakat ini, isu tersebut masih belum menemui jalan penyelesaian yang jitu, malah semakin berleluasa di kawasan perumahan dan lebih teruk lagi banyak dijumpai di kawasan-kawasan awam seperti di premis-premis perniagaan.

    Buat masa ini, saya dan keluarga menetap di sebuah hotel di Pekan Tutong, dan saban hari kes-kes digigit anjing sering didengari berlaku di kawasan setempat.

    Sehubungan itu, permasalahan ini membuatkan saya berasa risau akan keselamatan saya dan keluarga di mana salah seorang anak saya baru berusia dua bulan.

    Sebagai salah seorang doktor yang bertugas di Hospital Tutong, waktu bekerja saya tidak menentu dan kadangkala terpaksa pulang pada lewat malam, dan saya merasa tidak selamat kerana sering diganggu anjing-anjing liar kebelakangan ini.

    Saya berharap pihak yang relevan akan dapat mengambil langkah-langkah yang diwajarnya untuk mengatasi masalah anjing liar bagi keselamatan orang awam khususnya kanak-kanak dan orang tua.

    Dr Sharif

    Isu anjing liar bukanlah sesuatu yang baharu di negara kita, namun sehingga kini belum ada jalan penyelesaian yang jitu dilakukan dan malah semakin berleluasa. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...