Thursday, February 22, 2024
29 C
Brunei

    -

    Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia belum jadi prioriti

    JAKARTA, 14 SEPT – Kerajaan Indonesia belum memberikan prioriti terhadap laluan baharu menghubungkan negara ini dengan Malaysia melalui Selat Melaka, menurut media tempatan.

    Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.

    Untuk menjadikannya realiti, jurucakap Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Indonesia dipetik sebagai berkata pihaknya harus mengkaji dahulu supaya dapat menjadikannya sebagai asas dasar kerajaan.

    “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak pernah mendengar kementerian membincangkan isu ini di peringkat kerjasama teknikal dalam rangka hubungan dua hala Indonesia-Malaysia,” kata Endra S. Atmawidjaja.

    Minggu lepas kerajaan negeri Melaka mengumumkan rancangan pembinaan laluan baharu sama ada terowong atau jambatan dari Masjid Tanah, Melaka ke Dumai, Riau sepanjang 120 kilometer.

    Menurut Bisnis.com, cadangan pembinaan jambatan pernah dikemukakan kerajaan Wilayah Riau dan Malaysia 10 tahun lalu namun tidak direalisasi kerana bukan keutamaan kerajaan Indonesia.

    “Saya belum memikirkannya (jambatan Melaka),” kata Menteri Kerja Raya Indonesia, Djoko Kirmanto  sambil menambah ‘dalam negara perlu diselesaikan dahulu sebelum yang berkaitan luar negara’. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kutuk lawatan delegasi AS ke Taiwan sebagai ‘campur tangan’

    BEIJING, 22 FEB - China pada hari ini mengecam lawatan delegasi Amerika Syarikat (AS) ke Taiwan sebagai ‘campur tangan’, selepas pengerusi jawatankuasa Dewan Perwakilan...