Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laluan baharu kargo udara hubungkan Xinjiang, Britain

    URUMQI, 20 Ogos – Laluan baharu kargo udara antara Urumqi, wilayah autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China dan Bournemouth di Britain dibuka secara rasmi kelmarin.

    Menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi Diwopu, perkhidmatan kargo akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu, dengan setiap perjalanan mengambil masa 10 jam.

    Lapangan terbang itu membuka lapan laluan pengangkutan kargo antarabangsa yang menuju ke lapan negara termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Georgia, Hungary dan Britain.

    Melalui perkhidmatan kargo ini, Xinjiang mengimport barangan seperti susu unta, pakaian, kasut serta mengeksport bunga segar, ubat-ubatan dan pakaian, antara lain. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda