SEOUL, 11 NOV – Jin Air Co, unit penerbangan tambang rendah Korea Selatan, Air Lines Co, pada Jumaat berkata syarikat itu akan membuka laluan Busan-Kota Kinabalu bulan depan ekoran permintaan perjalanan yang telah pulih hasil pengurangan halangan perjalanan kerana virus COVID.
Jin Air akan menggunakan pesawat B737-800 dengan 189 tempat duduk bagi laluan itu dan menyediakan tujuh penerbangan seminggu mulai 23 Dis. Ia akan menyambung semula perkhidmatan di laluan Busan-Sapporo pada akhir Disember, agensi berita Yonhap memetik kenyataan syarikat itu.
Syarikat itu akan menyediakan penerbangan di sembilan laluan antarabangsa dari Busan, 453 kilometer ke selatan Seoul, pada akhir tahun ini.
Dari Incheon, 15 laluan antarabangsa akan ditawarkan.
Jin Air mengendalikan kumpulan 26 pesawat yang terdiri daripada 22 pesawat B737 dan empat pesawat B777-200ER. Kota Kinabalu ialah ibu kota negeri Malaysia Timur, Sabah. – Bernama