Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Laluan laut jadi ‘lubuk’ pengedar dadah

    BANGKOK, 2 JUN – Rangkaian pengedaran dadah Asia semakin kerap menggunakan laluan laut untuk menyeludup methamphetamine keluar dari Myanmar dan meningkatkan penghasilan ketamine ketika mereka cuba mengembangkan perniagaan mereka, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    Methamphetamine dari negeri timur laut Myanmar, Shan – pusat penghasilan dadah serantau – diseludup menggunakan bot bagi mengelak rondaan ketat di laluan darat melalui China dan Thailand, kata Pejabat bagi Dadah dan Jenayah PBB (UNODC) dalam laporan tahunannya.

    Sempadan wilayah antara Myanmar, Laos dan Thailand telah lama dijadikan tempat penghasilan dan penyeludupan dadah haram, terutamanya methamphetamine dan candu.

    Rondaan yang dipertingkatkan di wilayah Yunnan di barat daya China dan sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar telah menyaksikan penurunan rampasan methamphetamine oleh pihak berkuasa China dan Thailand pada 2022 selepas pengedar dadah menggunakan laluan laut sebagai alternatif.

    “Para penyeludup berterusan menghantar jumlah besar kapal melalui Laos dan utara Thailand, namun pada masa yang sama mereka meningkatkan bekalan melalui bahagian tengah Myanmar ke Laut Andaman di mana tidak ramai pihak berkuasa di sana,” kata wakil UNODC serantau, Jeremy Douglas.

    Laporan turut menyatakan jumlah besar methamphetamine yang dihasilkan di Myanmar dihantar ke Bangladesh dan India.

    Pakar kesihatan berkata penggunaan dadah boleh menyebabkan paranoia, khayal dan tingkah laku ganas, manakala mereka yang berhenti mengambil dadah boleh mengalami psikosis.

    Polis di seluruh Timur dan Selatan Asia merampas hampir 151 tan methamphetamine pada 2022, menurun daripada jumlah rekod 172 tan pada 2021.

    “Rangkaian pengedaran dadah serantau yang berkuasa mampu beroperasi dengan tahap kepastian yang tinggi dan mereka tidak akan berhenti,” menurut laporan tersebut. – AFP

    Pihak berkuasa Thailand merampas methamphetamine yang disembunyikan dalam uncang teh semasa sidang media di Bangkok pada 1 Jun 2023. – APLaluan laut jadi ‘lubuk’ pengedar dadah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...