Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laluan masuk Jabatan Kecemasan Hospital SSB akan ditutup

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Laluan Masuk Utama menuju ke Jabatan Kecemasan, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait akan ditutup sementara bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian tambahan Blok Baru Jabatan Kecemasan di hospital berkenaan

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, laluan masuk utama berkenaan akan ditutup bermula Jumaat, 21 Mac sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Dalam pada itu, laluan masuk sementara menuju ke Jabatan Kecemasan yang terdekat adalah melalui Jalan Pintu Masuk (Pagar 2), melalui Pusat Pembelajaran dan Perkembangan, Hospital Suri Seri Begawan.

    Jalan masuk Pagar no 2 merupakan laluan terdekat menuju Jabatan Kecemasan.
    Laluan masuk Ke Jabatan Kecemasan Melalui Pusat Pembelajaran dan Perkembangan dari Pagar no 2/

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.

    Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi talian operator,  3335331 / 3335332 / 3335333 Hospital Suri Seri Begawan atau melayari laman sesawang, www.moh.gov.bn atau media sosial rasmi Kementerian Kesihatan, @mohbrunei atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    Laluan masuk menuju Jabatan Kecemasan dari pagar-pagar masuk Hospital (Pagar 1, 2, 3 dan 4). – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MOH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda