Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laluan sukar buat Inter

    MILAN, 29 Dis – Inter Milan akan mengalihkan tumpuan ke arah saingan Serie A selepas tercicir dari Piala Itali di mana Inter Milan menerima kunjungan Lazio esok untuk merapatkan jurang dengan Napoli dan Juventus mengakhiri tahun 2017 ini berada di puncak liga.

    Pasukan kendalian Luciano Spalleti yang kini menghuni tangga ketiga liga ketinggalan lima mata di belakang Napoli telah mengalami tiga kekalahan berturut-turut akan menghadapi tugas sukar berdepan penghuni nombor lima liga untuk mengekalkan peluang kejuaraan trofi.

    Tewas kepada Romans telah menyaksikan Inter tercicir di belakang Napoli yang dijangka akan mengakhiri tahun dengan cemerlang untuk kedua kalinya dalam masa tiga tahun.

    Napoli mengutip 45 mata daripada 18 perlawanan menjelang perlawanan menentang Calabria, satu mata di belakang Juventus yang telah menewaskan AS Roma 1-0 hujung minggu lepas dan akan berkunjung ke Verona esok.

    Inter kini berada dua mata mengatasi Roma manakala Lazio dua mata di belakang menduduki tempat kelima yang menyaksikan dua pasukan itu memiliki kelebihan dua perlawanan.

    Spalletti mengkritik pemainnya termasuk penjaring terbanyak Serie A Mauro Icardi dan pemain sayap Ivan Perisic di mana Inter terpaksa akur di tangan AC Milan sekali gus menamatkan cita-cita untuk merangkul Piala Itali.

    Sementara itu, Napoli kekal berada di puncak liga dengan ketua pasukan Marek Hamsik mengutip jaringan ke-116 ketika menentang Sampdoria sekali gus meleburkan rekod jaringan lagenda Argentina, Diego Maradona.

    Kelab dari selatan itu juga selesa berada di landasan untuk mencabar juara enam kali Juventus untuk menjuarai gelaran Serie A pertama sejak musim Maradona pada 1987 dan 1990.

    “Kami telah menunjukkan bahawa kami boleh mencapai keputusan yang bagus tetapi sekarang berada di depan agak sedikit goyah, kami perlu bersemangat menentang Crotone dan berikan yang terbaik,” kata pemain tengah Napoli, Allan.

    Crotone telah menghuni kedudukan tercorot selepas tewas 11 dari 18 perlawanan termasuk kekalahan teruk 4-0 di Lazio.

    AC Milan berkunjung ke Fiorentina untuk menaikkan balik semangat selepas berjaya menewaskan Inter dalam pertembungan tetangga tempoh hari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda