PARIS, 2 NOV – Ketua Tour de France kelmarin mengumumkan laluan bagi edisi 2021, menampilkan dua laluan menempuh Mont Ventoux yang ikonik pada hari yang sama dan penentu hari pra akhir dengan percubaan masa melintasi ladang angur di Bordeaux.
Perlumbaan selama tiga minggu bermula 26 Jun hingga 18 Julai akan bermula selama empat hari di Brittany, sebelum memecut sepanjang tugu terkenal Paris, Champs-Elysees.
Sebelum ini laluan tersebut akan diumumkan di hadapan 4,000 orang di acara yang meriah, dengan kebanyakan pelumba-pelumba handalan dan datuk bandar, akan tetapi COVID-19 telah menghalang dari menganjurkan acara seperti itu.
Pemberitahuan telah dibuat melalui siaran langsung televisyen dengan pengarah perlumbaan, Christian Prudhomme mengetuai acara.
Laluan dari dua edisi sebelumnya tidak banyak tempat untuk melakukan percubaan masa secara individu. – AFP