Tuesday, October 22, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laluan Wasai Teraja selesai diperbaiki

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 OKT – Lebih 20 ahli jawatankuasa Rumah Panjang Teraja telah bekerjasama membaiki dan mengganti titian serta laluan menuju ke Wasai Teraja baru-baru ini.

    Akibat pokok tumbang telah menutup dan menyukarkan perjalanan ke wasai berkenaan, ahli jawatankuasa telah memotong pokok tumbang tersebut dan melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang laluan itu bagi memastikan penduduk dan pengunjung selamat melaluinya.

    Selain itu, titian-titian untuk menyeberangi anak sungai juga telah selesai diganti bagi keselesaan dan keselamatan pengunjung. Dengan berakhirnya kerja-kerja berkenaan, jawatankuasa tersebut berharap ia dapat membantu memudahkan laluan ke wasai berkenaan.

    Jawatankuasa itu menyatakan bahawa 569 individu telah melawat Rumah Panjang dan Wasai Teraja sejak awal tahun ini.

    Sekitar kerja-kerja pembaikian laluan dan titian berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JAWATAN KUASA RUMAH PANJANG TERAJA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda