Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Laman sesawang k’jaan Ukraine digodam

    KYIV, UKRAINE, 14 JAN – Beberapa laman sesawang kerajaan di Ukraine ditutup buat sementara waktu hari ini selepas serangan penggodaman yang besar, kata pegawai Ukraine.

    Walaupun tidak jelas siapa di sebalik serangan tersebut, ia berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Rusia dan selepas rundingan antara Moscow serta negara Barat gagal membuahkan kemajuan ketara minggu ini.

    Jurucakap kementerian luar Ukraine, Oleg Nikolenko memberitahu AP bahawa adalah terlalu awal untuk memberitahu siapa yang mungkin mendalangi serangan tersebut. “Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana siasatan sedang dijalankan, tetapi terdapat rekod panjang serangan siber Rusia terhadap Ukraine pada masa lalu,” katanya.

    Moscow sebelum ini menafikan terlibat dalam serangan siber terhadap Ukraine.

    Laman sesawang kabinet negara, tujuh kementerian, perbendaharaan, perkhidmatan kecemasan negara dan laman sesawang perkhidmatan negeri, di mana pasport elektronik dan sijil vaksinasi warga Ukraine disimpan, tidak tersedia buat sementara waktu hari ini akibat penggodaman tersebut.

    Lama sesawang tersebut mengandungi mesej dalam bahasa Ukraine, Rusia dan Poland, mengatakan bahawa data peribadi orang Ukraine telah dibocorkan ke dalam domain awam. “Awas dan jangkakan yang terburuk. Ini adalah untuk masa lalu, sekarang dan masa depan awda,” menurut sebahagian daripada mesej tersebut.

    Perkhidmatan komunikasi dan perlindungan maklumat negeri Ukraine berkata bahawa tiada data peribadi telah dibocorkan. – AP

    Beberapa laman sesawang kerajaan di Ukraine ditutup buat sementara waktu selepas serangan penggodaman besar-besaran. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...