SYDNEY, 9 SEPT – Australia mengarahkan pembekal Internet hari ini supaya menyekat lapan laman web yang menyiar isi kandungan berhubung dengan pembunuhan masjid di Christchurch, yang pertama di bawah peraturan penapisan baharu.
Selepas lelaki bersenjata, seorang warga Australia, menyiar secara langsung pembunuhan 51 jemaah di dua buah masjid di New Zealand pada Mac, Canberra telah menimbang untuk menambah kuasa penapisannya.
Laman web luar negara disenaraihitamkan disebabkan mereka “terus memberikan akses kepada video serangan pengganas Christchurch atau manifesto penyerang,” kata Julie Imman Grant, pesuruhjaya keselamatan Australia.
Pihak berkuasa enggan menamakan laman web, yang akan disekat selama sekurang-kurangnya enam bulan, berkata ia mungkin membawa lebih banyak lalu lintas.
Beberapa laman web lain juga diminta mengeluarkan isi kandungan dan telah mematuhi peraturan, tambah Imman Grant. “Laman lain hanya perlu mengeluarkan isi kandungan untuk membolehkan sekatan dibatalkan,” kata beliau. Salah satu daripada lapan laman web merupakan blog yang menumpu pada ‘Ancaman Islam,’ menurut satu kenyataan yang dikemukakan dengan Pendaftar Perundangan Persekutuan. – AFP