Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laman web terhenti gara-gara terlalu banyak aduan

    WELLINGTON,30 MAC – Rakyat New Zealand amat suka menjadi mata-mata, terutamanya ke atas jiran-jiran mereka yang melanggar undang-undang lockdown koronavirus sehinggakan polis mengatakan laman web mereka yang dikhususkan untuk menangani isu itu terhenti dan tidak dapat diakses sebaik sahaja penstriman secara langsung.

    Negara Asia Pasifik itu kini dalam langkah lockdown COVID-19 selama empat minggu dengan penduduknya diarahkan untuk duduk di rumah atau menjarakkan sekurang-kurangnya dua meter daripada satu sama lain jika mereka perlu keluar.

    Pesuruhjaya Polis, Mike Bush mengatakan laman web polis www.police.govt.nz/105support dibuka pada petang Ahad dan menerima banyak aduan sehinggakan ia terhenti seketika. “Kami mendapat 4,200 laporan daripada orang ramai bahawa yang lain tidak mematuhi arahan lockdown,” katanya memberitahu wartawan. “Ia menunjukkan betapa berazamnya rakyat New Zealand untuk memastikan semua orang mematuhi arahan.” – AFP

    Gambar fail 26 Mac menunjukkan kawasan pusat bandar perniagaan yang sering sibuk, lengang selepas lockdown dilaksanakan di Wellington, New Zealand bagi membasmi koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda