Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Laman web tipu puluhan ribu mangsa tumpas

    LONDON, 19 APRIL – Platform laman web yang digunakan oleh penjenayah untuk cuba menipu puluhan ribu mangsa, berjaya ditumpaskan melalui operasi penguatkuasaan undang-undang global.

    Menurut polis Metropolitan London, yang mengetuai operasi itu, pihak berkuasa terbabit dengan kerjasama firma teknologi besar, menggodam laman web LabHost sebelum menyerbu 70 premis.

    Katanya, polis kemudian menahan 37 suspek di United Kingdom (UK) dan beberapa lokasi lain sejak Ahad lalu.

    Sementara itu, menurut polis Eropah (Europol), empat daripada mereka yang ditahan di UK berikutan siasatan selama 22 bulan, dianggap sebagai pengendali dan pencipta platform itu,” katanya.

    LabHost, yang ditubuhkan pada 2021, membolehkan penciptaan banyak laman web yang dipanggil pancingan data untuk menipu mangsa supaya mendedahkan maklumat peribadi seperti butiran bank dan kata laluan.

    “Ia juga berupaya meniru laman web yang dipercayai termasuk bank, agensi penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pos.

    “Siasatan menemui sekurang-kurangnya 40,000 domain pancingan data dikaitkan dengan LabHost, yang mempunyai kira-kira 10,000 pengguna di seluruh dunia,” katanya.

    Menurut polis, LabHost menerima hampir £1 juta dalam bentuk pembayaran daripada penggunanya, manakala siasatan setakat ini mengesahkan bahawa hampir 70,000 mangsa di UK memasukkan butiran mereka ke dalam salah satu laman web palsu.

    Di peringkat global, perusahaan jenayah itu memperoleh 480,000 nombor kad serta lebih daripada satu juta kata laluan yang digunakan untuk laman web dan perkhidmatan dalam talian lain. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...