Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laman web visa AS$5 juta AS dilancar

    WASHINGTON, 12 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempromosikan laman web baharu bagi permit residensi AS bernilai AS$5 juta kelmarin, dengan memaklumkan senarai menunggu untuk visa emas itu telah dibuka di TrumpCard.gov.

    “Ribuan orang telah menghubungi dan bertanya bagaimana mereka boleh mendaftar untuk menempuh jalan indah mendapatkan akses ke negara dan pasaran terunggul di dunia,” tulis Trump dalam satu catatan media sosial.

    Trump memperkenalkan visa jenis tersebut buat kali pertama di atas pesawat Air Force One pada bulan April, sambil memegang prototaip emas yang memaparkan wajahnya dan berjanji permit khas itu mungkin tersedia ‘dalam kurang dua minggu’.

    Visa tersebut belum lagi dikeluarkan, tetapi laman web yang diumumkan kelmarin membolehkan pihak yang berminat menghantar nama, jenis visa yang dikehendaki serta alamat emel di bawah tajuk The Trump Card is Coming. – AFP

    Seorang individu melihat laman web baharu bagi permit residensi AS bernilai AS$5 juta yang dirancang, melalui telefon pintar dan komputer riba di Los Angeles. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda