Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lambakan durian: Johor proses 2 tan metrik sehari jadi tempoyak

    ISKANDAR PUTERI, 22 JUN – Sebanyak dua tan metrik durian segar diproses setiap hari bagi menghasilkan isi durian dan tempoyak untuk pasaran tempatan sekali gus mengatasi isu lambakan buah itu yang sedang berlaku di Johor.

    Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata kerja pemprosesan raja buah itu dilakukan di Pusat Pemprosesan Durian di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tangkak.

    “Pusat pemprosesan ini bertaraf Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan ia telah berjaya meningkatkan nilai tambah serta menangani masalah lambakan durian yang berlaku di kawasan Johor utara iaitu daerah Tangkak, Muar, Segamat.

    “Antara kemudahan yang disediakan termasuklah mesin pengasingan isi durian, mesin pek vakum, penyejuk beku bagas dan bilik sejuk yang boleh menyimpan 22 metrik tan isi durian beku dalam satu-satu masa.

    “Jabatan Pertanian turut bekerjasama dengan pihak syarikat peneraju dalam aktiviti pemprosesan durian, bagi membangunkan produk hiliran berasaskan durian dan ini juga akan membantu pe-ngusaha kecil dan sederhana memasarkan hasil pengeluaran durian mereka,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda