Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lambakan podcast AI ganggu industri baharu

    NEW YORK, 13 OKT – Kecerdasan buatan (AI) kini boleh hasilkan podcast dengan hos maya sepenuhnya secara besar-besaran menjadi satu perkembangan yang boleh mengganggu industri baharu tersebut.

    Sejak Google lancarkan Audio Overview, penjana podcast yang menghasilkan rancangan daripada pelbagai dokumen dan input lain, pelbagai syarikat pemula telah terbit antaranya ElevenLabs dan Wondercraft.

    Tanpa studio, tanpa manusia di mikrofon, malah tanpa rakaman, namun podcast yang dihasilkan boleh dihasilkan dengan penuh meriah lengkap dengan gurauan dan lain-lain

    Antara syarikat perintis adalah Inception Point AI, yang dilancarkan pada 2023 dan mengeluarkan kira-kira 3,000 podcast setiap minggu dengan pasukan hanya lapan orang.

    Matlamat segera adalah kuantiti podcast yang dihasilkan , kata Jeanine Wright, pengasas Inception.

    Dengan setiap episod menelan belanja satu dolar untuk diterbitkan, hanya 20 kali mendengar sudah cukup untuk menghasilkan keuntungan.

    Dengan peningkatan AI generatif, ramai yang bimbang tentang kandungan sintetik yang tidak berkualiti yang sering dipanggil AI slop kian membanjiri internet, terutamanya media sosial.

    Inception menyebut walaupun peranan AI didedahkan dalam setiap episod, hanya ‘sedikit penurunan’ dalam kalangan pendengar, Wright memberitahu AFP.

    “Kami mendapati bahawa jika orang menyukai hos (AI) dan kandungannya, maka mereka tidak peduli bahawa ia dijana AI atau mereka telah menerimanya.”

    Martin Spinelli, seorang profesor podcast di Universiti Sussex Britain, mengecam banjir kandungan yang akan menjadikannya “lebih sukar bagi seorang pembuat podcast bebas untuk mendapat perhatian dan mengumpul pengikut” tanpa belanjawan promosi daripada Google atau Apple.

    Lonjakan podcast AI juga akan mengurangkan hasil pengiklanan podcast bukan AI.

    Tetapi walaupun citarasa pendengar tidak berubah dengan ketara, kelebihan podcast AI boleh “masih memberi kesan kepada bentuk seni,” podcast bebas di mana kebanyakan program hampir tidak berjaya untuk terus bertahan.

    Pada masa ini, tiga platform utama iaitu Apple Podcasts, Spotify dan YouTube tidak memerlukan pencipta untuk mengakui podcast yang dicipta oleh AI. – AFP

    Lambakan podcast AI ganggu industri baharu. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda