Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lamborghini buatan China

    JIANGSU, 8/9 Sept 2012 – Masih ada ruang untuk diperbaiki tetapi seorang mekanik di China telah menjadi sensasi Internet selepas dia mencipta sebuah kereta Lamborghini Reventon tiruan.

    Wang Jian, 28, menghabiskan 6,000 pound (60,000 yuan) untuk mencipta versi kereta super bernilai 1 juta pound, yang hanya dikeluarkan sebanyak 21 buah di seluruh dunia. Wang yang berasal dari wilayah timur Jiangsu, China, berkata: “Saya menyukai kereta sport sejak dari kecil lagi.

    “Selepas itu, saya terfikir untuk mencipta kereta saya sendiri sudah besar nanti, bila saya mempunyai pengetahuan dan keadaan hidup yang baik.”

    Beliau menambah: “Saya bergelut untuk belajar, tetapi bila saya mempunyai masa terluang, saya membinanya sendiri dan merealisasikan impian saya.”

    Dilahirkan dalam keluarga petani berlatar belakangkan sederhana, Wang memilih untuk berlatih sebagai seorang mekanik ketika beliau berusia 16 tahun kerana minatnya terhadap kereta dan mula membina kereta supernya pada bulan Mei tahun lalu.

    Replika kereta buatan China ini dibina dari lapisan besi dan bahagian-bahagian enjinnya pula Wang ambil dari enjin pakai semula dari sebuah van Nissan dan sedan Volkswagen, menurut laman sesawang ITN. Kereta itu tidak mempunyai cermin dan di dalamnya tidak mempunyai sebarang hiasan, hanya tempat duduk pemandu, kayu gear, pedal dan stereng kereta.

    Ketika dilihat dari jauh, bayangan kenderaan ini serupa dengan kereta asli buatan Itali itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda