LONDON, 20 DIS – Frank Lampard bakal bertembung dengan bekas pengurus pasukannya Jose Mourinho dalam perlawanan antara Chelsea dan Tottenham pada minggu ini.
Leicester berpeluang untuk merapatkan jurang bersama Liverpool kerana perlawanan pasukan juara Eropah tersebut ditunda ke satu masa yang akan ditetapkan nanti.
Di tempat lain pula Arsenal bakal bertemu dengan Everton dan Ole Gunner Solskjaer memimpin Manchester United dalam perlawanan bersama Watford.
Pendahulu 10 mata liga, Liverpool bakal tidak beraksi pada minggu ini kerana berada dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab di Qatar.
Apabila Jose mengambil alih pasukan Tottenham bulan lalu, mereka ketinggalan 12 mata di belakang pasukan pimpinan Frank Lampard, Chelsea. Namun kini mereka mencuba untuk mencapai tangga keempat.
Spurs di bawah pimpinan Jose kini berpeluang untuk mendaki ke tangga keempat jika mereka memenangi perlawanan pada minggu ini dengan bekas pasukannya Chelsea.
Chelsea terjejas dalam beberapa minggu ini dengan kekalahan empat perlawanan Liga Perdana Inggeris dari lima perlawanannya. Pengurus pasukan tersebut mengatakan bahawa mereka memerlukan pemain-pemain baharu bagi mengisi posisi yang kosong semasa musim pertukaran pemain Januari ini. – AFP