Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lampin untuk orang dewasa

    TOKYO, 26 MAC – Kadar kelahiran Jepun yang semakin menurun telah mendorong pengeluar lampin berhenti membuatnya untuk anak damit, sebaliknya meningkatkan pengeluaran untuk orang dewasa, kata syarikat itu hari ini.

    Oji Holdings akan menghentikan pengeluaran domestik lampin anak damit pada September, selepas pengeluaran menurun daripada puncak 2001 sekitar 700 juta setahun kepada 400 juta pada masa ini.

    “Permintaan untuk lampin anak damit semakin berkurangan kerana faktor termasuk kadar kelahiran yang menurun,” kata seorang jurucakap kepada AFP. Lampin tersebut akan terus dijual di Jepun sehingga kehabisan stok.

    Jurucakap itu berkata Oji Holdings akan meningkatkan pengeluaran barangan kebersihan untuk orang dewasa di negara itu, menjangkakan penggunaannya terutamanya di fasiliti seperti rumah penjagaan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda