Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lampu amaran pesawat Boeing menyala pada tiga penerbangan berbeza

    PORTLAND, 8 JAN – Pesawat Boeing yang mengalami letupan semasa penerbangan di Oregon tidak digunakan untuk penerbangan ke Hawaii selepas lampu amaran yang mungkin menunjukkan masalah tekanan menyala pada tiga penerbangan berbeza, kata seorang pegawai persekutuan kelmarin.

    Alaska Airlines memutuskan untuk menghalang pesawat tersebut daripada penerbangan jarak jauh di atas kawasan perairan supaya pesawat itu ‘boleh kembali dengan cepat ke lapangan terbang’ jika lampu amaran itu muncul semula, kata Jennifer Homendy, pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

    Homendy mengatakan bahawa lampu amaran tekanan itu mungkin tidak berkaitan dengan insiden pada Jumaat di mana palam yang menutup pintu kecemasan yang tidak digunakan tercabut dari pesawat Boeing 737 Max 9 ketika ia berada kira-kira 4.8 kilometer di atas Oregon.

    Lampu amaran tersebut menyala semasa tiga penerbangan sebelumnya iaitu pada 7 Disember, 3 Januari dan 4 Januari — sehari sebelum palam pintu itu tercabut. Homendy berkata beliau tidak mempunyai semua butiran mengenai insiden pada 7 Disember tetapi menegaskan lampu itu menyala semasa penerbangan pada 3 Januari dan pada 4 Januari selepas pesawat tersebut mendarat. – AP

    Pesawat Alaska Airlines yang melakukan pendaratan cemas diletakkan di hangar penyelenggaraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Oregon, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda