Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lampu isyarat baharu mula beroperasi

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja pemasangan lampu isyarat baharu di Pusing Keliling Sungai Akar telah selesai dilaksanakan dan akan mula beroperasi esok, bermula pukul 10 pagi.

    Oleh yang demikian, semua pengguna jalan raya khususnya pengguna jalan berkenaan diingatkan untuk sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati mengikut had laju yang ditentukan serta mematuhi papan-papan tanda yang telah disediakan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda