Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Kerja-kerja pemasangan lampu isyarat baharu di persimpangan Jalan Tutong / Jalan Kulapis Tanjung Lapir telah selesai dilaksanakan dan akan mula beroperasi pada 17 Januari, bermula pukul 10 pagi.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya, terutama mereka yang melalui jalan tersebut, diingatkan untuk memandu dengan lebih berhati-hati mengikut had laju yang ditetapkan dan mematuhi arahan papan tanda yang telah tersedia.