Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Lampu isyarat baharu punca jalan semakin sesak

    Saya ingin menyuarakan pandangan mengenai pemasangan lampu isyarat baharu di beberapa simpang di kawasan Tanjong Nangka yang dikatakan hasil daripada aduan pengguna simpang tersebut.

    Walaupun tujuan pemasangan ini mungkin untuk meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan berkenaan, saya berpendapat ia perlu dikaji terlebih dahulu kerana setelah ia dipasang, kesesakan jalan raya semakin ketara, terutamanya di waktu puncak.

    Pengguna jalan utama yang dahulunya dapat bergerak lancar kini terpaksa berhenti terlalu lama hanya untuk memberi laluan kepada segelintir pemandu dari simpang yang menggunakannya.

    Ini bukan sahaja membuang masa, malah menambah tekanan kepada pemandu lain yang ada urusan penting.

    Saya percaya bahawa sebelum sebarang pemasangan lampu isyarat dilakukan, kajian yang lebih menyeluruh harus dibuat.

    Jika persimpangan tersebut benar-benar berisiko tinggi, mungkin penyelesaian lain boleh dilakukan seperti pelebaran jalan atau pemasangan papan tanda amaran mahu pun pusing keliling.

    Saya berharap pihak berwajib dapat menilai semula keberkesanan lampu isyarat yang baharu dipasang ini dan memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada keseluruhan pengguna jalan raya.

    Mr. Kusut

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...