Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Kerja-kerja pemasangan lampu isyarat baharu di Pusing Keliling Manggis telah selesai dilaksanakan dan akan beroperasi esok, bermula jam 10 pagi.
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan agar memandu dengan lebih berhati-hati, mematuhi had laju yang ditetapkan serta papan tanda yang telah disediakan.