Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lampu isyarat Spg 40, Jalan Sg Akar mula beroperasi

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya bahawa kerja-kerja pemasangan lampu isyarat baharu di Simpang 40, Jalan Sungai Akar telah selesai dilaksanakan dan kini beroperasi sepenuhnya.

    Sehubungan dengan itu, semua pengguna jalan raya, terutamanya mereka yang melalui jalan berkenaan, diingatkan untuk sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati, mematuhi had laju yang ditetapkan serta mengikut arahan papan tanda yang telah tersedia.

    Pemasangan lampu isyarat baharu di Simpang 40, Jalan Sungai Akar telah selesai dilaksanakan dan kini beroperasi sepenuhnya. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda