Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lampu perayaan peringati mangsa COVID-19 terangi tembok di London

    LONDON, 24 DIS – Kira-kira 240,000 ahli keluarga yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) akibat COVID-19 telah menggantung lampu perayaan di tembok peringatan London sebagai simbol kasih sayang, kemarahan dan kesakitan menjelang Hari Natal.

    Ketika ulang tahun kelima pandemik global semakin menghampiri, emosi masih sakit di seluruh UK dengan tuduhan yang berlarutan bahawa kerajaan ketika itu bertindak terlalu perlahan terhadap krisis itu.

    Kira-kira 240,000 bentuk hati telah dilukis dengan tangan pada tembok, terletak di tebing Sungai Thames, bertentangan dengan Parlimen British.

    Setiap bentuk hati di tembok sepanjang 500 meter mewakili salah seorang mangsa COVID di UK, yang memusnahkan dan menjejaskan kehidupan di seluruh dunia selepas pertama kali dikesan di China pada Disember 2019.

    “Kami memasang lampu setiap Hari Natal, hanya sebagai cara untuk mengenang dan mengingati orang yang tidak bersama kami,” kata Kirsten Hackman, 58, yang mana ibunya meninggal dunia akibat COVID pada Mei 2020.

    “Bagi kebanyakan kami, terdapat tempat kosong di meja Hari Natal ini,” tambahnya.

    Tembok adalah ‘sesi terapi’ kolektif, kata sukarelawan.

    Sejak 2019, lebih tujuh juta orang telah dilaporkan meninggal dunia akibat COVID di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Namun jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi. – AFP

    Gambar bertarikh 23 Disember 2024 menunjukkan The National Covid Memorial Wall diterangi di London khusus bagi mereka yang kehilangan nyawa akibat COVID-19. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda