Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lan Solo masuk wad rehatkan tekak

    Lan Solo bersama isterinya ketika ditahan di wad hospital. – mStar

    Penyanyi Lan Solo terpaksa ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Jumaat susulan masalah peti suara yang dialami. 

    Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya iaitu Nur Shiela Hassim yang memberitahu Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, memerlukan penjagaan rapi dan rehat selepas mendapat nasihat doktor pakar. 

    “Doktor nasihatkan untuk rehatkan peti suara sebab sudah terlebih guna, dia banyak buat persembahan back to back

    “Jadi pilihan untuk ditahan wad adalah yang terbaik sebab selagi berada di rumah banyak gangguannya. Kalau orang datang ke rumah takkan tak keluar. 

    Lan sebelum itu turut berkongsi gambar dia sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan, menurut mStar.

    Tambah Shiela, suaminya itu mula demam selepas terlibat dengan sebuah persembahan di Sandakan beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital. 

    Lan juga sempat menghubungi penyanyi Datuk Awie bagi bertanya pendapat berhubung masalah yang dialami. 

    “Dia tiba-tiba demam selepas persembahan di Sandakan. Mungkin peti suara itu sudah beri petunjuk bahawa dia terlalu banyak menyanyi. 

    “Lan ada menghubungi Awie meminta pandangan. Kata Awie sudah tiba masa berjumpa dan mendapatkan nasihat pakar,” ujarnya. 

    Shiela memberitahu jadual Lan sibuk sejak awal Januari sehingga kurang masa berehat. 

    Baginya langkah mendapatkan rawatan dan nasihat pakar lebih awal adalah yang terbaik agar peti suara penyanyi itu kembali pulih dalam masa terdekat. 

    “Dia memang sentiasa menggunakan suara. Kalau bukan persembahan solo, berkumpulan pula. Dia juga terlibat dengan rakaman untuk YouTube. 

    “Syukur suami tidak mengalami masalah kesihatan lain. Cuma perlu rehatkan tekak semaksima mungkin untuk selamatkan suaranya bagi persembahan-persembahan akan datang,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda