Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lan Solo terpaksa jalani pembedahan kali kedua

    Tidak sedap badan sejak beberapa hari lalu, penyanyi Lan Solo akhirnya terpaksa menjalani pembedahan buasir kali kedua di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor hari ini.

    Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Nur Sheila Hassim yang memberitahu doktor mengesahkan Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 39, menghidap penyakit buasir tahap empat.

    “Sebenarnya ini pembedahan haemorrhoid kedua Lan. Sebelum ini sekitar tahun 2017. Tapi kali ini doktor buang tiga sekali gus selepas bengkak. Kami sudah ke klinik untuk dapatkan rawatan dan tapi tidak menjadi membuatkan kami terpaksa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Berkongsi lebih lanjut, Sheila memberitahu suaminya sudah cuba pelbagai cara untuk meredakan masalah buasir itu namun tidak berjaya.

    “Balik dari program semalam dia nampak macam nak demam sebab dia pun sudah rasa macam buasir itu terkeluar. Biasanya boleh tolak balik tapi kali ini lebih teruk. Sudah cuba pelbagai cara yang selalu buat pun tidak menjadi juga,”ujarnya.

    Kata Sheila, kurang rehat dan terlalu tertekan menjadi punca suaminya menghidap penyakit berkenaan.

    Bagaimanapun itu tidak menghalang Lan kembali bekerja seperti biasa selepas melakukan pembedahan kali ini.

    “Lan mungkin akan berehat di hospital sehingga Rabu dan akan bertemu peminatnya di Sabah pada Sabtu ini,” kongsinya.

    Sebelum ini, Sheila berkongsi foto Lan sedang terbaring di katil hospital sebaik selesai menjalani pembedahan. – Agensi

    Lan Solo hadapi pembedahan buat kali kedua. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda