Monday, July 14, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lana Del Ray & G-Eazy digosipkan bercinta

    NAMPAKNYA penyanyi Lana Del Rey sudah menemui pengganti selepas hubungannya dengan seorang jurugambar iaitu Francesco Carrozzini berakhir pada 2015.

    Dipetik dari Daily Mail melaporkan penyanyi berusia 31 tahun itu dilihat rapat dengan penyanyi rap G-Eazy.

    Malah kedua-dua mereka dikatakan mesra seperti pasangan kekasih ketika menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.

    “Mereka sangat mesra pada konsert itu dan kelihatan bercium dan berpelukan sepanjang masa.

    “Malah ketika menyaksikan persembahan penyanyi Kendrick Lamar G-Eazy lebih memberi tumpuan kepada Lana berbanding persembahan yang sedang berlangsung,” kata sumber.

    Sebelum ini, Lana mengambil keputusan meninggalkan Francesco yang didakwa tidak bersedia untuk berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

    Lana Del Rey dikatakan semakin rapat bersama dengan penyanyi rap G-Eazy.
    Lana Del Rey dikatakan semakin rapat bersama dengan penyanyi rap G-Eazy.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda