Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lana tampil jelas perubahan hidungnya

    Baru-baru ini, perkongsian video pelakon Lana Nodin di laman sosial mendapat perhatian warganet gara-gara bentuk hidung yang dikatakan berbeza daripada sebelum ini.

    Segelintir warganet mula membuat spekulasi dan menuduh pelakon tersebut melakukan rawatan bagi mencantikkan lagi hidungnya.

    Terpaksa berkongsi cerita peribadinya, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasti bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.

    Menurut aktres berusia 44 tahun berkenaan, kecederaan itu berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motosikal jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan kampung Felda.

    “Sebenarnya ini peribadi saya yang tak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu. Hidung saya ini masa saya sekolah, saya kemalangan.

    “Masa itu balik kampung Felda, yang tanah-tanah merah tu. Tangan ini gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur. Hidung berdarah… patah.

    “Sejak dari itu, hidung saya memang senget. Kena pakai besi untuk beberapa tahun. Lepas itu, disarankan buka dan saya buka letak plastik. Sebab tak tahan, besi sejuk.

    “Hidung saya senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung ke? Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah,” kata Lana.

    Dalam pada itu, pelakon drama siri Kekasih Hati Mr Bodyguard ini berkata prosedur rhinoplasti yang dilakukan hanya bertahan lima hingga 10 tahun saja. – Agensi

    Lana Nordin mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasti bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...