Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lancar khidmat ‘Digi-Pet’

    KUALA LUMPUR, 20 Feb – Unisys Corporation, syarikat teknologi maklumat, menawarkan perkhidmatan ‘Digi-Pet’, penyelesaian baru untuk haiwan kesayangan dan pemiliknya menggunakan perkhidmatan udara tanpa stres.

    Ia membolehkan pemilik haiwan kesayangan memantau dan bercakap dengan haiwan kesayangan mereka melalui peranti peribadi mereka seperti telefon pintar.

    Perkhidmatan berkenaan menggunakan teknologi ‘Internet-of-Things’ (IoT), melalui sensor pintar yang dipasang pada tempat pemeliharaan haiwan tersebut atau bekas membawa haiwan untuk memantau dan menghantar metrik utama seperti suhu, paras oksigen dan cahaya.

    Ia secara automatik akan memberi maklumat kepada pemilik haiwan berkenaan dan kakitangan syarikat penerbangan sekiranya berlaku sebarang keadaan yang memerlukan tindakan.

    Pengarah Industri Kanan Penyelesaian Fret Unisys, Venkatesh Pazhyanur, dalam satu kenyataan, berkata teknologi IoT membolehkan syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan perjalanan haiwan kesayangan yang khusus, dengan itu membolehkan mereka memasuki dan menguasai pasaran dengan hasil yang tinggi di samping meningkatkan pengalaman pelanggan dan kesetiaan.

    Digi-Pet adalah sebahagian daripada penyelesaian logistik digital inovatif Digistics oleh Unisys untuk pembawa kargo udara di mana 20 syarikat penerbangan global yang melanggan Unisys Digistics mengangkut lebih 180,000 haiwan setiap tahun.

    Digi-Pet membantu syarikat penerbangan mematuhi peraturan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan Haiwan Hidup, standard dunia untuk mengangkut haiwan hidup bagi memastikan semua binatang diangkut dengan selamat.

    Perkhidmatan ini juga boleh digunakan oleh kapal pengangkut yang mengangkut kargo haiwan lain seperti kuda dan anak ayam, yang memerlukan cahaya, oksigen dan suhu yang konsisten. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda