BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Setelah hampir setengah abad melancarkan Range Rover asal, Land Rover bakal memperkenalkan model keempat dalam keluarga SUV mewahnya itu pada 1 Mac 2017 ini. Kesederhanaan yang elegan, pendekatan ringkas dari segi visual dan teknologi pengguna rintis merupakan ciri Range Rover Velar baru berkenaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Indera Motors