Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Landasan parlimen muda corak masa depan ASEAN

    SELANGOR, MALAYSIA, 9 MEI – Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah menghadiri Mesyuarat Konsultatif Kedua Ahli Parlimen Muda AIPA yang telah berlangsung di Klang, Selangor, Malaysia dari 5 hingga 8 Mei.

    Menurut kenyataan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat (JMM), delegasi MMN diwakili oleh ahlinya iaitu Yang Berhormat Chong Chin Yee dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Mesyuarat konsultatif tersebut dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Dato’ (Dr) Johari bin Abdul selaku Presiden AIPA dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Dewan Rakyat Malaysia, Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah.

    Dengan tema Ensuring ASEAN’s Future: Youth in Action for Sustainability and Inclusivity, mesyuarat tersebut menjadi landasan bagi ahli-ahli parlimen muda untuk mengukuhkan peranan para belia dalam mencorak masa depan ASEAN.

    Sepanjang mesyuarat, ahli-ahli MMN berpeluang menghadiri dua sesi dialog bertemakan Advancing Sustainability Empowering ASEAN Youth Voices dan Building Inclusive ASEAN Youth by Leveraging the Digital Age, selain turut menyertai sesi pleno.

    Sesi-sesi tersebut telah membuka ruang kepada delegasi dari lapan buah negara untuk mengetengahkan pelbagai inisiatif rentas sektor dalam meningkatkan keterlibatan para belia antaranya dalam penggubalan dasar dan menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).

    Majlis penutup disempurnakan dengan ucapan daripada pengerusi mesyuarat yang menekankan kepentingan kerjasama semua pihak untuk meningkatkan inklusitivi para belia dalam membentuk hala tuju ASEAN.

    Hasil daripada perbincangan mesyuarat itu akan dibentangkan semasa Perhimpunan Agung AIPA ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur nanti, dengan fokus kepada agenda pembangunan belia di rantau ini.

    Yang Berhormat Chong Chin Yee dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz semasa menghadiri Mesyuarat Konsultatif Kedua Ahli Parlimen Muda AIPA di Malaysia. – GAMBAR SERAHAN JMM
    GAMBAR SERAHAN JMM
    GAMBAR SERAHAN JMM
    GAMBAR SERAHAN JMM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda