CANBERRA – Kemunculan kereta api yang telah lama dinanti-nantikan di ibu negara Australia, Canberra telah beroperasi baru-baru ini untuk kemudahan penduduk tempatan di bandar tersebut.
Kereta api ini menghubungkan kawasan Gungahlin di kawasan utara dan Alinga Street di pusat bandar dan dianggarkan laluan kereta api tersebut sekitar 12 kilometer sahaja. Kereta api ini akan melalui 13 pusat perhentian dan perjalanan mengambil masa sekitar 24 minit sahaja.
“Hari ini merupakan hari yang istimewa,” kata Andrew Barr, ketua menteri wilayah ibu kota Australia (ACT), kepada media Xinhua baru-baru ini. “Orang ramai sudah sekian lama menanti-nantikan pembukan kereta api ini untuk beroperasi,” tambahnya. “Pengembangan ini memberikan perbezaan besar khususnya di kawasan Canberra yang semakin cepat berkembang sekali gus dapat membawa ribuan penduduk tempatan ke pusat bandar setiap hari,” jelasnya kepada media Xinhua.
Menteri Pengangkutan di ACT Government, Meegan Fitzharris berkata bahawa dengan adanya operasinya ia membawa satu perubahan besar khususnya dalam pengangkutan awal sejak bandar raya ini ditubuhkan.
Jaminan keselesaan penumpang
Keselesaan penumpang dan pengangkutan akan terus lebih baik apabila pemandu sudah terbiasa membawa penumpang dan kekerapan perjalanan serta frekuensi akan terus bertambah baik, jelas Meegan kepada media.



Media dan wartawan di Canberra serta beberapa orang penduduk yang bertuah telah dijemput hadir bagi menyaksikan pelancaran kereta api yang pertama itu. Kelihatan orang ramai sudah menunggu di kawasan Terminal Gungahlin Place, mengambil foto sambil menunggu kehadiran kereta api tersebut.
Wally Bell, mengalu-alukan perjalanan pertama kereta api tersebut dengan upacara budaya asli. “Pengangkutan ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk tempatan dari Gungahlin ke kawasan bandar,” katanya.
Duduk di dalam kereta api itu, anak perempuan Megan Whittle memandang tingkap dan memerhatikan keadaan sekeliling manakala anak lelakinya yang berusia satu tahun cuba menikmati perjalanan kereta api itu secara diam-diam.
“Kami akan memasuki sistem pengundian dan memasukkan maklumat keterangan kami,” kata Whittle kepada media Xinhua. Dia merupakan antara 150 penumpang bertuah untuk menaiki kereta api itu yang akan membuat perjalanan pertama kali. “Kami sangat bertuah dan anak perempuan saya sangat teruja dengan kereta api ini sepanjang minggu,” tambahnya.
Perjalanan yang berbaloi
Dia berkata bahawa kereta api seperti sebuah kenderaan yang begitu indah. “Ia sangat indah dan juga selesa, banyak tingkap besar untuk kanak-kanak menyaksikan persekitaran di luar. Satu pengalaman yang sangat bagus,” tambahnya. Bercakap mengenai manfaat landasan rel itu, Whittle percaya bahawa ia sangat berguna bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan landasan rel tersebut. “Ia seolah-olah satu cara yang lebih cepat untuk pergi dari satu terminal kepada satu terminal yang lain,” katanya kepada media Xinhua.
Andrewa Barr berkata bahawa peringkat seterusnya akan dicadangkan untuk projek landasan rel ini di mana ia akan diteruskan ke kawasan selatan. Pembinaan kereta api Canberra ini bermula pada bulan Julai 2016 dan ujian kereta api tersebut di landasan bermula pada bulan Jun 2018. Berdasarkan kepada maklumat laman web kerajaan ACT, setiap minggu kereta api ini akan dapat membawa sekitar 1,494 penumpang dengan perjalanan sejauh 18,000 kilometer di mana perjalanan yang cukup padat untuk mengelilingi beberapa kawasan di sekitar Australia.
Penduduk tempatan Canberra digalakkan untuk mencuba kereta api ini oleh pihak kerajaan tempatan, kerana rangkaian pengangkutan awam ini akan menawarkan pengangkutan percuma selama satu bulan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengangkutan tempatan bermula 29 April ini nanti. – Xinhua