ANTARA hiasan taman yang paling digemari dan selalu diidamkan ialah Lanskap Kolam Air Terjun, tetapi kos penyelenggaraan dan pembikinan landskap ini amat tinggi.
Walau bagaimanapun itu tidak menjadi masalah, buat la mengikut kemampuan masing-masing. Di samping mencantikkan halaman rumah ia juga boleh mewujudkan suasana flora dan fauna di halaman rumah.
Bunyi air, percikan air, dan sentuhan pada air dapat menenangkan jiwa. Air dalam landskap memainkan peranan penting dalam hiasan taman. Hiasan taman yang boleh dibuat dengan air ialah air pancut dan air terjun. Pelbagai variasi dapat dibuat dengan air pancut.

Tempat santai dan riadah
Dengan mewujudkan suasana yang aman damai ini, secara tak langsung dalam jangka masa panjang ia dapat menjimatkan kos, maksudnya di sini jika kedamaian dan keindahan ada di rumah semestinya penghuni tidak akan keluar dari kawasan rumah jika tiada apa-apa program atau kerja.
Lebih-baik lagi menghabiskan masa mengecapi keindahan laman rumah sendiri, di situ juga akan timbul idea-idea untuk menambah lagi keindahan landskap anda.