Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah besar pengadil muda Brunei di Peringkat Asia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Dalam usaha mempertingkatkan tahap profesionalisme dan pengetahuan dalam bidang pengadilan bola sepak, Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) melalui Jabatan Pengadil FABD telah menghantar dua orang pengadil muda negara untuk menyertai Akademi Pengadil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas kepada kedua-dua pengadil itu, Ketua Jabatan Pengadil FABD, Mohd Yusof Zaki bin Haji Seruddin.

    Dua pengadil berkenaan ialah Mohd Mou’azhzham Zamaksyarie bin Haji Marsidi, dan Mohammad Adib bin Suimi, yang akan mengikuti Sesi Kedua Program Pengenalan Referee Academy Modul 4, selepas menyertai sesi pertama pada Mei 2025 yang lalu.

    Doa Selamat dibacakan oleh Ahli PPBNBD, Haji Shamsuri bin Haji Tuah bagi memohon keberkatan dan keselamatan sepanjang perjalanan serta kejayaan mereka mengikuti program berkenaan.

    Penyertaan dua pengadil muda ini mencerminkan komitmen FABD dalam memperkukuhkan barisan pengadil tempatan agar mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa, selaras dengan usaha berterusan memperkasa mutu pengadilan bola sepak di negara ini.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda