Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah keselamatan di tamu Temburong

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini, pelbagai pihak berganding bahu melaksanakan langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Tamu Aneka pagi dan petang di Daerah Temburong juga tidak ketinggalan melaksanakan langkah-langkah itu dengan para pengunjung ke tamu itu diperiksa suhu badan, memastikan mereka mematuhi amalan penjarakan sosial dan mengehadkan 20 orang pelanggan sahaja untuk masuk ke tamu berkenaan.

    Inisiatif ini dilaksanakan bermula jam 7 pagi hingga 2.30 petang, selain beberapa petak jualan yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran juga ditempatkan sementara di kawasan berdekatan dengan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM) Temburong sebagai usaha memastikan arahan penjarakan sosial dipatuhi.

    Wartawan Media Permata sempat menemu bual salah seorang pengunjung ke tamu berkenaan yang mengatakan mereka menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dalam mencegah penularan wabak COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Beliau turut mencadangkan supaya sukarelawan ditambah untuk mengawal keadaan di sana terutama pada sebelah pagi, walaupun pengunjung memberi kerjasama dalam usaha mengawal penularan wabak berkenaan.

    Pihak berkuasa Daerah Temburong tidak ketinggalan dalam inisiatif menghindari jangkitan COVID-19 dengan melaksanakan penjarakan sosial dan mengambil suhu badan di pintu masuk tamu serta mengehadkan bilangan pengunjung.
    Pengunjung tamu Daerah Temburong berdiri dalam barisan yang dengan jarak 1 meter dalam usaha mereka mengamalkan penjarakan sosial bagi menghindari COVID-19.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda