Wednesday, March 29, 2023
22.1 C
Brunei

-

Langkah motivasikan pelajar supaya gemar membaca

Haji Abdul Rahman (kiri) dan Haji Saiful Nizam (kanan) bertukar-tukar dokumen MoU dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi dan Dato Seri Setia Dr Haji Japar.

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Sebagai peneraju utama dalam pendidikan, Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2035 untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkembangan Kurikulum telah dan sedang berusaha untuk menggalakkan dan membudayakan minat membaca dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan tahap literasi di negara ini.

Pengarah Perkembangan Kurikulum, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi berkata, antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum adalah menerbitkan buku-buku bacaan Kesultanan Brunei bagi sekolah rendah sebagai salah satu usaha untuk memupuk dan mengukuh semangat cintakan sejarah tanah air, agama, raja dan negara serta memperkenalkan Program Buku Inspirasiku yang menyenaraikan tajuk-tajuk buku bacaan Inspirasiku yang mesti dibaca oleh setiap pelajar.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Buku Inspirasiku dan Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Mufti Kerajaan yang berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), hari ini.

 

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

http://digital.mediapermata.com.bn

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -