Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah pengawalan dilanjutkan hingga 3 Oktober

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa langkah-langkah pengawalan dikuatkuasakan pada 21 Ogos lalu, yang sepatutnya berakhir pada 4 September, kini dilanjutkan sehingga 3 Oktober 2021.

    Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Langkah tersebut dibuat dengan mengambil kira situasi jangkitan di Negara Brunei Darussalam yang masih belum stabil dan penangguhan pemberian dos pertama dalam Program Vaksinasi Kebangsaan.

    “Perkara ini adalah untuk membolehkan langkah-langkah pengawalan yang dilaksanakan memberikan impak yang positif kepada pengurangan penularan jangkitan,” jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda