Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Situasi penularan jangkitan COVID-19 terkini dengan adanya langkah pengawalan yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan semakin menunjukkan implikasi yang positif. Dalam pada itu, masyarakat di negara ini secara amnya juga diharap untuk sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawab sosial mereka dengan mematuhi apa sahaja prosedur operasi standard (SOP)