Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah pertama selamat nyawa

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan-kawasan pantai, pertubuhan bukan kerajaan Beach Bunch telah mengumumkan bahawa dengan bantuan daripada pihak-pihak tertentu, mereka telah meletakkan papan tanda bersama pelampung nyawa dengan tali sebagai langkah pertama dalam menyelamatkan nyawa.

    Ia merupakan inisiatif Beach Bunch di bawah Program ‘Lifesaving’ yang melibatkan pantai-pantai di Brunei termasuk Pantai Rekreasi Hutan Simpan Berakas, dan Pantai Muara.

    Presiden Beach Bunch, Awang Rizan Latif mengumumkan perkara berkenaan di Pantai Rekreasi Hutan Simpan Berakas, hari ini.

    Inisiatif Beach Bunch itu telah disokong oleh beberapa pihak kerajaan dan swasta.

    Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Noor Aflan bin Awang Kachi, ketika ditemui Media Permata, menjelaskan bahawa pelampung keselamatan berkenaan adalah sebagai tindakan pertama orang awam atau pengunjung untuk membuat penyelamatan apabila mereka terlihat seseorang itu didapati memerlukan pertolongan.

    Sesi bergambar ramai bersama wakil-wakil dari pihak kerajaan dan swasta yang turut sama terlibat dalam menyokong inisiatif Beach Bunch tersebut.
    Sesi bergambar ramai bersama wakil-wakil dari pihak kerajaan dan swasta yang turut sama terlibat dalam menyokong inisiatif Beach Bunch tersebut.

    Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak bertindak bersendirian apabila terjadi ataupun terlihat seseorang yang didapati hampir lemas dan menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    “Sekiranya bertindak berseorangan, ia akan memberikan impak kepada diri sendiri dan di samping itu juga, sekiranya tidak berkeyakinan untuk berenang, tidak digalakkan untuk berbuat demikian,” ujarnya, sambil menasihati ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka yang bermandi-manda tidak pergi jauh ke kawasan yang lebih dalam.

    “Bertindak bersendirian juga boleh memberi impak kepada diri sendiri, kerana kurang pengalaman untuk menyelamatkan seseorang boleh membahayakan diri sendiri. Walau bagaimanapun, ini adalah inisiatif yang baik untuk menyelamatkan nyawa seseorang,” tambahnya lagi.

    Awang Noor Aflan juga menyatakan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat akan sentiasa membuat pemantauan setiap minggu di kawasan pantai.

    Manakala itu, wakil Ketua Unit Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, Awang Mohd Zukrina bin Haji Daimun pula berkata, inisiatif Beach Bunch itu adalah salah satu lagi langkah yang dibuat selepas papan tanda pertama ‘Rip Current Safety’ yang telah dipasang pada 4 Januari lalu.

    “Maklum balas daripada orang ramai mengenai papan tanda yang pertama amat memberangsangkan disebabkan ada maklumat-maklumat yang penting mengenai ‘rip current’ itu,” jelas beliau.

    Sebelum adanya papan tanda dan pelampung keselamatan ini, beliau menjelaskan bahawa ada beberapa kali kejadian yang amat mendukacitakan disebabkan mungkin ramai orang awam tidak tahu apa sebenarnya ‘rip current’ itu, yang memberi risiko seseorang (walaupun pandai berenang) dalam keadaan bahaya ketika mereka mandi di pantai.

    “Papan tanda yang kedua ini dipasang pada hari Jumaat yang lepas dan dengan adanya pelampung keselamatan ini, orang ramai mungkin boleh membuat tindakan pertama sebelum terjadinya kejadian yang tidak diingini,” tambahnya lagi.

    Sementara itu, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Pengiran Haji Sabli bin Pengiran Damit berkata, walaupun inisiatif keselamatan yang dibuat oleh Beach Bunch itu bukan berkaitan dengan bencana, tetapi mereka sangat menyokong program tersebut, bagi memperbaiki lagi tahap keselamatan yang ada.

    “Jika kita lihat, ia sangat menyokong inisiatif kami terhadap pengurangan bencana kerana negara yang kecil seperti Brunei ini, kalau kita mendengar kejadian yang tidak diingini adalah sangat kasihan. Jadi kita harus mengelaknya daripada ia terjadi seboleh-bolehnya,” jelasnya.

    Beliau melahirkan harapan agar orang ramai menyokong inisiatif tersebut dan tidak merosakkannya.

    “Kerana ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga untuk keselamatan orang awam,” tekan beliau.

    Selain pihak kerajaan, pihak swasta yang lain seperti Progresif Celullar juga terlibat dalam menyokong Program ‘lifesaving’ berkenaan.

    “Kami menyokong Beach Bunch kebanyakannya dalam acara-acara tahun ini, termasuk trail challenge dan berkaitan dengan inisiatif keselamatan mereka ini, ia juga merupakan inisiatif CSR kami bagi menyokong persekitaran,” jelas Pengurus Komunikasi Korporat Progresif, Dayang Hafiza binti Mohamad.

    Bagi jangka masa yang panjang, tambahnya, mereka mahu melakukan lebih banyak bersama pertubuhan bukan kerajaan berkenaan.

    Selain Progresif, salah satu kontraktor Syarikat Minyak Brunei Shell di bawah industri minyak dan gas di Brunei, SC Tubular Solutions (B) yang berpusat di Salambigar juga terlibat dalam program itu.

    Wakil dari SC Tubular Solutions (B), anak syarikat Sumitomo Corporation, Gary Goh menjelaskan bahawa selain Program ‘Lifesaving’ berkenaan, mereka juga membuat tajaan ke atas beberapa kursus menyelamatkan nyawa.

    “Terima kasih kepada Beach Bunch kerana membenarkan kami untuk menjadi sebahagian daripada Program ‘Life Saving’ mereka. Dengan ini kami dapat menunjukkan komitmen HSE kami kepada Brunei dan masyarakatnya,” jelas Gary Goh.

    Gary Goh mengharapkan melaluinya, mereka dapat menyediakan akses pantai yang lebih selamat kepada masyarakat Brunei.

    “Kerana orang ramai tahu keluarga dan kawan-kawan datang ke pantai untuk bersuka ria dan kami ingin memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang selamat dan ini adalah selaras dengan misi dan visi kami iaitu untuk menyediakan kesihatan dan keselamatan kepada Brunei dan masyarakatnya.”

    Gary Goh juga berharap melalui program berkenaan, ia menjadi langkah pertama untuk membantu Brunei mewujudkan kesedaran dan budaya HSE yang positif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/