Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah proaktif tangani penyakit zoonotik, tropikal

    SIBU, 10 JULAI – Penularan penyakit zoonotik dan penyakit tropikal terabai (NTD) kekal menjadi ancaman utama kesihatan global, dan Sarawak mengambil langkah proaktif untuk menangani isu ini, kata Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

    Bercakap selepas merasmikan Persidangan Asia-Pasifik kedua mengenai Penyakit Zoonotik dan Tropikal Terabai 2025 di Sibu hari ini, beliau berkata penyakit yang disebarkan kepada manusia melalui haiwan menunjukkan betapa bahayanya penyakit ini.

    “Ini program yang penting, dan saya berbesar hati ia bermula di Sibu. Ini kali kedua kita menjadi tuan rumah, dan diadakan setiap dua tahun. Penyakit zoonotik dan tropikal ialah isu serius yang memerlukan perhatian berterusan dan pelaburan,” katanya kepada pemberita.

    Dr Sim berkata penyakit tropikal seperti malaria dan denggi masih berlaku di Sarawak, dengan kemunculan strain baharu.

    “Di Sarawak, kita telah saksikan kes Plasmodium knowlesi – sejenis malaria yang berpunca daripada monyet. Ini menunjukkan penularan daripada haiwan kepada manusia semakin kerap berlaku. COVID-19 bukanlah pandemik terakhir. Kita mesti sentiasa bersedia,” katanya.

    liau berkata Sarawak mengorak langkah dengan projek pembinaan Pusat Penyakit Berjangkit di Samarahan, yang menelan kos lebih RM200 juta. – Bernama

    Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda