Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah sekatan dibuat jika perlu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Berhubung berita mengenai seorang jurutera yang telah didapati positif COVID-19 di Bintulu, Sarawak pada 15 September di mana beliau telah membuat perjalanan darat dari Sabah ke Sarawak dengan merentas Brunei, Kementerian Kesihatan menyatakan siasatan mendapati bahawa jurutera berkenaan telah merentas Brunei tetapi tidak singgah di negara ini.

    “Apabila tiba di Sarawak, beliau hanya menunjukkan simptom setelah empat hari beliau tiba di Bintulu,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Ketika mengulas mengenai jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Sabah dan jika Kementerian Kesihatan memantau perkembangan itu dengan lebih dekat serta langkah yang akan diambil jika kes meningkat, Yang Berhormat Dato menerangkan bahawa pandemik COVID-19 masih lagi berleluasa, oleh itu, pihaknya terus memantau keadaan pandemik berkenaan termasuk keadaan di negara-negara jiran.

    Beliau menjelaskan lanjut bahawa seperti yang diketahui, Sabah telah menunjukkan kes positif yang meningkat, oleh itu, pihaknya akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan bagi melihat jika perlu melaksanakan langkah-langkah sekatan khususnya bagi mereka yang membuat perjalanan merentas Brunei.

    “Buat masa ini, kita masih hanya membuat pemantauan keadaan berkenaan,” jelasnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda