Wednesday, January 15, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah sementara tampung bekalan elektrik di Sabah

    PENAMPANG, 19 MEI – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah membekalkan 11 unit jentera elektrik mudah alih yang berkapasiti 4.5 megawatt (MW) bagi menampung keperluan pengguna di Sabah yang agak tinggi ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

    Beliau berkata usaha itu merupakan langkah jangka masa pendek SESB bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik yang berlaku di negeri itu.

    “Berdasarkan taklimat dengan SESB sebentar tadi, difahamkan catuan bekalan elektrik akan dilakukan sehingga Julai ini, dan saya berpesan kepada pengguna agar dapat bersabar,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat oleh SESB di Pusat Agihan Bekalan Elektrik Sabah (LDC) sini hari ini.

    Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata catuan itu bertujuan memastikan bekalan kuasa elektrik berada dalam keadaan terkawal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dalam sistem teknikal grid sistem SESB. Katanya 17 lagi jentera mudah alih yang mampu membekalkan elektrik berkapasiti 8.5mv akan ditambah untuk diagihkan kepada pengguna bulan depan. – Bernama

    Datuk Ir Shahelmey Yahya (dua, kanan) melawat  SLDC, Penampang kelmarin, berikutan masalah bekalan elektrik yang sering terputus di beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Tuaran sejak beberapa hari lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda