Langkah waspada perlu untuk kembali berlatih

MILAN, 23 ARPIL – Menteri Sukan Itali, Vincezo Spadafora memberi amaran kelmarin bahawa langkah waspada perlu ketika dia menjanjikan satu keputusan ‘dalam masa beberapa hari lagi’ sama ada kelab-kelab bola sepak Itali boleh kembali berlatih di tengah-tengan pandemik koronavirus.

Spadafora mengadakan konferensi video selama dua jam bersama perwakilan bola sepak Itali termasuk ketua-ketua persatuan, profesional dan liga amatur, pemain dan doktor.

“Saya mendengar dengan penuh perhatian terhadap pelbagai pendapat dan kedudukan yang muncul dan dalam bebe-rapa hari akan datang, selepas perbincangan dengan menteri kesihatan dan komiti teknikal saintifik, kami akan mengeluarkan kenyataan kemas kini mengenai kemungkinan dan prosedur untuk kembali berlatih,” katanya.

Semua sukan di Itali telah digantungkan sejak enam minggu yang lalu dengan negara itu bergelut menangani krisis COVID-19 yang telah mengorbankan lebih dari 25,000 orang.

“Saya memberi jaminan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa seluruh negara, termasuk sukan dunia, boleh kembali dalam masa terdekat, bangkit daripada krisis kesihatan ini. “Saya juga peminat yang rindukan pasukan saya.

“Saya tidak sabar untuk kejohanan Eropah musim panas ini, tetapi ia akan ditunda, seperti sukan Olimpik, Giro d’Italia dan kesemua kejohanan sukan di negara ini.

“Ia adalah satu kehampaan terbesar, memberikan kesakitan dan kelukaan lebih mendalam, perkabungan kejam yang melanda negara kita, Eropah dan seluruh dunia.

Sebanyak 20 pasukan Serie A telah mengundi sebulat suara Selasa lalu untuk menghabiskan liga musim ini, yang mana telah digantung sejak 9 Mac.

Persatuan telah membentangkan kepada Spadafora dengan kod perubatan untuk membenarkan kejohanan disambung.

Kod itu termasuklah pemain dibenarkan untuk berlatih, dalam kumpulan yang kecil dan di bawah pemantauan perubatan yang ketat, dari 4 Mei, tarikh di mana kerajaan merancang untuk mula melonggarkan sekatan.

Perlawanan akan dimulakan pada penghujung bulan Mei atau awal bulan Jun. – AFP