Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lanjutan PKP: kerajaan S’wak akan nilai semula bantuan

    KUCHING, 30 MAC – Kerajaan Negeri Sarawak akan menilai semula pakej bantuan yang telah diumumkan sebelum ini susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lepas.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pelanjutan PKP sehingga 14 April ini akan memberikan impak kepada bebe-rapa sektor ekonomi yang diumumkan menerima manfaat dari Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang diumumkan beliau minggu lepas.

    “Saya akan menilai semula sektor-sektor yang harus kita bantu sebab penjaja kecil tidak akan dapat berniaga dua minggu lagi. Banyak sektor-sektor yang lain umpamanya pengeluaran (yang perlu diberi perhatian) supaya tidak menjejaskan mereka yang bekerja,” katanya dalam program Bicara Naratif di TV1 malam tadi.

    Pada 23 Mac lepas, Abang Johari mengumumkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM1.15 bilion untuk melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang antara lainnya memfokuskan bantuan kepada kumpulan berpendapatan rendah (B40), petugas barisan hadapan semasa PKP dan menangani jangkitan COVID-19, serta usahawan kecil dan sederhana di negeri ini.

    “(Pakej bantuan khas Sarawakku Sayang) yang saya umumkan adalah (pendekatan bantuan) jangka pendek. (Pendekatan) jangka panjangnya, memang kerajaan (negeri) telah mempunyai projek yang besar yang sudah tentu dapat memberikan pertumbuhan ekonomi yang baik,” katanya.

    Abang Johari berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan lagi pengagihan bantuan yang telah diumumkan ini menggunakan agensi kerajaan yang sedia ada seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, di sam-ping menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diterajui Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

    Selain itu, katanya kaedah pembayaran secara digital dan konvensional juga akan diambil kira bagi memudahkan penyaluran bantuan ini kepada golongan sasaran ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda