Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lantikan ahli JKTT PGGMB baharu sedia berkhidmat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) Sesi 2025-2028 diharap dapat menggalas dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh dedikasi, efisien dan berintegriti.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan tugas JKTT PGGMB sesi 2022-2025 kepada JKTT PGGMB sesi 2025-2028 diadakan di Ibu Pejabat PGGMB, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Majlis berkenaan menyaksikan penyerahan tugas kepada JKTT PGGMB 2025-2028 iaitu 2028 ialah Yang Dipertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri; Timbalan Yang Dipertua, Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohamad; Pengerusi Tetap, Hajah Hanipah binti Haji Apong; Setiausaha Agung, Yaakub bin Haji Abdul Rahman dan Setiausaha Kewangan, Haji Juned bin Haji Ramli.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Mantan Yang Dipertua JKTT PGGMB Sesi 2022-2025, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, JKTT, JKT dan kakitangan ibu pejabat PGGMB.

    Atas & Bawah: Penyerahan tugas daripada Haji Abdul Alim (kiri) kepada Haji Mustapa (kanan) dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat PGGMB.

    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda