BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah bagi Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dilantik menjadi pengerusi Lembaga Pengarah Agensi Pelaburan Brunei (BIA) bagi menggantikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang berkuatkuasa mulai hari Rabu, 19 Zulkaedah bersamaan dengan 1 Ogos ini.