Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lanzo ‘Bulls’ jalani pembedahan lutut

    LOS ANGELS, 22 SEPT – Pemain Guard Chicago Bulls, Lonzo Ball, yang mengalami kecederaan lutut kiri Januari lalu, akan menjalani pembedahan pada minggu depan, kata pasukan NBA hari ini.

    The Bulls berkata Ball akan menjalani prosedur debridement arthroscopic Rabu depan, selepas itu dia akan dinilai semula dalam empat hingga enam minggu. Ia bermakna pemain berusia 24 tahun tidak akan dapat bermain apabila Bulls membuka musim mereka menentang Miami pada 19 Oktober.

    Ball, pilihan keseluruhan kedua dalam draf 2017 oleh Los Angeles Lakers, telah dijual kepada Bulls dari New Orleans Pelicans pada Ogos 2021, menandatangani perjanjian empat tahun bernilai AS$80 juta.

    Pembedahannya pada Januari adalah yang kedua dalam kariernya kerana mengalami kecederaan lutut yang sama, yang pertama pada 2018. Pasukan Bulls berharap untuk mendapatkannya kembali selepas enam hingga lapan minggu tetapi mengumumkan pada April dia diketepikan untuk baki musim 2021-22.

    Dalam 35 perlawanan musim lalu, dia mencatat purata 13 mata, 5.4 rebound dan 5.1 assist. Pengumuman pada Rabu itu hanyalah tamparan kecederaan terkini untuk Ball, yang juga telah sembuh kecederaan bahu dan tidak pernah bermain lebih daripada 63 perlawanan daripada 82 perlawanan dalam lima musim biasa NBA.

    Dengan dia bermain di musim lalu, Bulls mencatatkan rekod 22-13 dan berada di puncak kedudukan Persidangan Timur pada separuh pertama musim. – AFP

    Aksi Lonzo Ball menggelecek bola semasa menentang Dallas Mavericks pada separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA di Dallas, 9 Januari 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...