Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laos akan lancar kempen vaksinasi HPV percuma

    VIENTIANE, 29 OGOS – Hospital di seluruh Laos bersedia untuk menawarkan vaksin human papillomavirus (HPV) percuma kepada kanak-kanak perempuan berumur 10 hingga 14 tahun untuk mencegah kanser serviks.

    Kempen di seluruh negara itu dijangka bermula pada Oktober, menurut laporan dari Pusat Penerangan dan Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan hari ini.

    Pegawai kesihatan Laos menekankan bahawa kempen itu akan tersedia di hospital-hospital seluruh Laos.

    Mereka menggalakkan sekolah untuk mula mengenal pasti gadis yang layak pada September untuk memastikan penyertaan yang lancar dan meluas. Kempen vaksinasi itu dibuka kepada pelajar dan bukan pelajar. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda